Friday, November 13, 2009

MenCarI JodoH...Ape Sebenarnye Yang Aku CAri

Jodoh prtemuan di tangan Allah...begitu jua dengan maut.. Ape yang aku nak kongsikan di sini, apakah jodoh itu sebenarnye dalam ketentuan atau perlu dicari. .................

Sememangnye idup sorang lelaki amat kosong dan sunyi tanpa kehadiran perempuan. Penciptaan Nabi Adam A.S. juga disertakan dengan penciptaan Hawa. Jadi sememangnye lelaki x sempurna tanpa wanita dan begitu juga sebaliknya. Oleh yang demikian, keegoan lelaki x kemana pun.. Lelaki mengaku hebat dan merendahkan kaum wanita adalah lelaki yang bodoh..
Aku ingin kongsikan kisah Rasullulah yang sememangnya menghormati kaum wanita sedangkan Baginda adalah pemimpin Agama, Umat n Negara yang jauh lebih tinggi darjatnye dari manusia biasa.

Sirah ini menceritakan suatu masa apabila tiba giliran Rasullullah bersama dengan Saidatina Aisyah. Lauk yang paling Baginda gemari adalah sup kepala lutut kanan kambing. Maka dengan penuh kasih dan semngat, Saidatina Aisyah menyediakan sup tersebut bagi santapan Baginda.

Di sirahkan bahawa, Baginda mencuba sup tersebut... Punya lah masin masakan Saidatina Aisyah....namun, baginda tidak melatah seperti kebanyakan dari kaum lelaki yang terus membuang atau memarahi isteri hanya kerana terlebih masin. Begitu hebat sikap Rasullullah yang wajib kita contoh kerana kebijaksanaan dan hikmah tersmbunyi d sebalik setiap tindakan baginda.

Apakah tindakan Rasullullah?????????

Baginda memanggil Saidatina Aisyah dengan penuh kelembutan dan kasih sayang mengajak Aisyah duduk santap bersama.. Baginda tidak melenting @ marah, sebaliknya mengajak Saidatina Aisyah suap menyuap bagi mengeratkan kasih.
Baginda menyuruh Aisyah menyuap untuk Baginda dulu.. Bila tiba giliran Aisyah, Baginda merendam roti agak lama di dalam sup kepala lutut kaki kanan kambing tersebut. Lalu baginda menyuapkan kepada Aisyah. Tersedak Aisyah kerana sup tersebut terlalu masin. Lalu Aisyah dengan perasaan yang malu kepada Rasullullah berkata, " Terlalu masin rupanya sup ini ya Rasullullah..."
Baginda membalas, "Ye ke terlalu masin atau mulut kamu yang masin Aisyah. Aku makan mcm biasa je rasanya.."

Pengajaran dan nasihat cukup banyak walau hanya sedetik waktu Rasullullah bersama Aisyah...
Ape yang perlu kita lakukan adalah, bertenang dan berfikir sblm bertindak...

Isteri bukan tempat kita melepaskan geram.. isteri adalah pelengkap kepada kekurangan kita. Jadi, pesanan saya kepada sahabat2 saya yang membaca blog saya ini....Sayangi isteri dan contohi peribadi Rasul junjungan kita...

Kerana berpegang pada prinsip inilah sy masih blom mendirikan rumahtangga... Bukan mencari isteri yang pandai masak tetapi mencari pelengkap kekurangan sya dan mencari cara mengawal amarah agar kehidupan rumahtangga yang bakal saya bina adalah rumahtangga yang bahagia n penuh barakah....

wassalam..

No comments:

Post a Comment